Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai telah dibuka pada 1 Disember 2009. Pada awalnya sekolah ini hanya mempunyai 14 orang guru. Mesyuarat pertamanya diadakan pada 15 Disember 2009, dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Encik Jamaluddin bin Abdullah. Mesyuarat ini telah melantik Puan Hajah Salmah binti Haji Husin untuk menjalankan tugas Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum, Puan Maznah binti Muslim menjalankan tugas Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar dan Puan Norlida binti Khalid menjalankan tugas Penolong Kanan Kokurikulum.

Pendaftaran pelajar Tingkatan 1 telah diadakan pada 30 Disember 2009, pada awalnya hanya 5 kelas tingkatan 1 dibuka dengan bilangan murid seramai 201 pelajar. Kebanyakan murid yang mendaftar ke sekolah ini ialah murid dari Sekolah Kebangsaan Alam Damai. Disebabkan permintaan yang begitu tinggi daripada ibu bapa murid tingkatan 1 untuk memasuki sekolah ini, pihak JPWP telah meminta agar dibuka sebuah lagi kelas tingkatan 1 menjadikannya 6 buah kelas pada 1 Februari 2010.

Pada 4 Januari 2010   Puan Hajah Esaah binti Ismail telah dilantik menjadi Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai. Pendaftaran pelajar Tingkatan 2, Tingkatan 4 dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) juga telah diadakan pada 4 Januari 2010. 4 buah kelas dibuka pada awalnya untuk tingkatan 2, 2 buah kelas untuk tingkatan 4 dan 3 buah kelas untuk PPKI. Bagi pelajar tingkatan 4, aliran yang ditawarkan ialah aliran Sains Tulen dan aliran Prinsip Perakaunan.  Seramai 125 murid tingkatan 2, 43 murid tingkatan 4 dan 16 murid PPKI mendaftar. Pada 1 Februari 2010, kelas Tingkatan 2 telah ditambah menjadi 5 buah kelas.

Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai telah menerima tambahan guru, staf sokongan dan pelantikan Penolong Kanan dan Guru Kanan pada 2 Februari 2010 iaitu Puan Hajah Azizah binti Md Isa (Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum), Tuan Haji Khairom bin Patong ( Penolong Kanan HEM), Puan Hajah Salmah binti Haji Husin (Guru Kanan Bahasa), Puan Maznah binti Muslim ( Guru Kanan  Sains dan Matematik), Puan Hajah Hassimah binti Hassan ( Guru Kanan Kemanusiaan ) dan Puan Shantirani a/p Chillayah  (Guru Kanan Teknik dan Vokasional). Pada 16 April 2010, Encik Zainuddin bin Abd Hadi telah dilantik menjadi Penolong Kanan Kokurikulum sekolah ini.

Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai memiliki 2 Blok Akademik, Dewan Besar, Dewan Serbaguna, Pejabat, Bilik Guru, Bilik Seminar, 3 buah Makmal Komputer, 9 buah Makmal Sains, Bilik Muzik, 8 buah Bengkel Kemahiran Hidup, Makmal Bahasa, Koperasi, Bilik Audio Visual, Bilik Media, Pusat Sumber, Surau, Bilik Kaunseling, Bilik Persalinan, Padang dan sebagainya.

Pada akhir tahun 2010, Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai mempunyai 16 kelas, iaitu 6 kelas Tingkatan 1, 5 kelas Tingkatan 2, 2 kelas Tingkatan 4 dan 3 kelas PPKI. Bilangan gurunya pula seramai 33 orang dan Staf Sokongan 6 orang.  Jumlah kesemua murid di sekolah ini pada akhir tahun 2010 seramai 450 orang.

Tanggal 01 Julai 2010 Pn Esaah bt Ismail telah berpindah ke SMK Tinggi Setapak. Pn Hjh Azizah bt Md Isa selaku Penolong Kanan Tadbir dan kurikulum telah memangku tugas pengetua bermula 01 Julai 2010 sehingga 30 November 2010.

Pn Hafsah bt Sharif telah dilantik sebagai pengetua SMK Alam Damai bermula 01 Disember 2010. Sementara En Mohd Shukry bin Hussein telah dilantik sebagai Penolong Kanan PPKI bermula 01 Oktober 2013.

Pada tahun 2014, Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai mempunyai 33 kelas Aliran Perdana, iaitu 7 kelas Tingkatan 1, 7 kelas Tingkatan 2, 7 kelas Tingkatan 3, 6 kelas Tingkatan 4, 6 kelas Tingkatan 5 dan 6 kelas PPKI. Bilangan gurunya pula seramai 78 orang dan Staf Sokongan 14 orang. Jumlah kesemua murid di sekolah ini pada akhir tahun 2014 seramai 1097 orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan